Write For Us

Geng pecah cermin kereta tumpas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
TAIPING- Polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes pecah cermin kereta dan curi motosikal dengan tertangkapnya dua kumpulan jenayah dikenali sebagai Geng Hafiz Axia dan Geng Fikri 125z, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata,berikutan kekerapan berlakunya kes pecah cermin kereta dan motosikal sepanjang tahun lalu dan tahun ini memaksa polis mengadakan satu operasi khas bermula 15 Januari sehingga minggu lalu. 
Menurutnya dalam operasi yang dibuat itu terdahulu pihaknya berjaya menahan empat ahli kumpulan Geng Hafiz Axia berusia 23 hingga 33 tahun yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes pecah cermin kereta yang dilaporkan. 
"Susulan penahanan kumpulan itu pihak polis menemui semula beberapa barangan kes yang dilaporkan hilang yang bernilai anggaran RM 150,000 dan antara barangan yang dirampas semula dari kumpulan ini adalah sebuah kereta jenis Honda HRV, lima buah telefon pintar, tiga buah komputer riba, 10 keping kad ATM dan pelbagai peralatan yang digunakan dalam kegiatan jenayah. 
" Turut ditemui sembilan peket lutsinar dipercayai dadah jenis Methamphetamine seberat 13 gram serta satu getah paip yang diubahsuai bersama palam pencucuh bagi digunakan untuk memecahkan cermin kenderaan. 
" Dengan tertangkapnya kumpulan ini pihak polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah cermin kereta yang berlaku sekitar daerah ini dan kesemua suspek kini ditahan reman sehingga hari ini dan proses sambung reman akan dipohon bagi meneruskan siasatan,"katanya.
Dalam kes berasingan pula, pihak polis berjaya menahan dua ahli Geng Fikri 125Z berusia 30-an dan berjaya merampas empat buah motosikal yang turut dilaporkan hilang di daerah ini. 
"Dengan tertangkapnya dua ahli kumpulan ini sebanyak tujuh kes kecurian motosikal di daerah Taiping berjaya diselesaikan
" Antara motosikal yang berjaya ditemui semula adalah sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z, tiga buah motosikal jenis Honda EX5 serta pelbagai peralatan. 
" Dipercayai motosikal yang dicuri dibuat berdasarkan permintaan pelanggan dan dijual dengan harga serendah RM 300 sebuah,"katanya.
Menurutnya lagi kedua-dua suspek kini ditahan reman sehinggan hari ini dan proses lanjutan reman akan dibuat bagi meneruskan siasatan. 
Tambahnya, kedua-dua kes disiasat dibawah Seksyen 379,379A Kanun Keseksaan dan 39(a) Akta Dadah Berbahaya. 
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment