Write For Us

Geng Ah Leong pecah rumah tumpas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Geng Ah Leong yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di Perak menggunakan Honda City tumpas selepas tiga ahli kumpulan itu termasuk seorang wanita diberkas polis.
Ketiga-tiga suspek berusia 38 hingga 41 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sebuah rumah di Meru Valley, Jelapang, Ipoh, hasil maklumat orang awam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai sudah menjalankan 12 kes pecah rumah di Ipoh, satu kes di Sungai Siput, satu kes di Selangor dan beberapa kes di Kuala Lumpur.
Katanya, kumpulan itu dipercayai mula aktif sejak Jun tahun lalu selepas ketua geng itu melarikan diri dari Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 di Pasir Puteh, Kelantan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment