Write For Us

MGPerak IPR INTAN Perak Sedia Bincang Dengan Kementerian Ekonomi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
11 Views
Published
Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi berhubung Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana kerajaan negeri berhasrat untuk memperluaskan inisiatif itu ke semua daerah.

Kata beliau, usaha berkenaan selari dengan hasrat kerajaan negeri dalam memperkasakan sekuriti makanan yang diterajui Kerajaan negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

“Kita akan berjumpa dengan Kementerian Ekonomi bagi menawarkan tanah-tanah kepunyaan PPPNP untuk inisiatif IPR-INTAN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran IPR-INTAN Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Hospital Bahagia Ulu Kinta, dekat sini, pada Selasa.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment