Write For Us

MGPerak: Kebun Sayur, Buah-Buahan Dalam Masjid, Bantu Jana Pendapatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
MASJID Jamek Pengkalan Hulu di Gerik mengambil inisiatif mewujudkan usaha penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling masjid sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasakan agenda keterjaminan makanan.

Agenda keterjaminan atau sekuriti makanan adalah satu daripada 'flagship' di bawah pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 cetusan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Bermula pada awal tahun 2019, kawasan masjid berkeluasan sekitar 1.5 hektar itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa kariahnya dengan tanaman utama iaitu cili fertigasi.

Setiausaha masjid, Sirat Abdullah, 63, berkata, sebagai permulaan sebanyak 1,000 pokok cili ditanam menggunakan kaedah fertigasi dan diikuti 1,500 pokok pada tahun berikutnya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Tags
malaysiagazette, mgtv, MGNews
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment