Write For Us

MH17: Tindakan menembak pesawat zalim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
180 Views
Published
Datuk Seri Najib Razak menegaskan, perbuatan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine pada 17 Julai lalu sebagai tindakan yang sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam serta sangat ganas.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengkaji perkara itu dengan mendalam dan teliti bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam keadaan sedemikian.

Beliau menambah, Malaysia turut menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17 sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment