Write For Us

'Tahan Maria bawah SOSMA tindakan zalim Najib,' - kata Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
163 Views
Published
Bekas Perdana mMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri himpunan ekoran penahanan ke atas Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.
"Bebas Maria, Bebas Maria," laung Mahathir bersama-sama dengan kira-kira 450 penyokong malam tadi.
Mahathir berkata, negara ini ditadbir oleh kepimpinan kleptokratik.
"Beberapa pemimpin BERSIH ditangkap, bukan itu sahaja, mereka diseksa. "Saya sedih apabila diberitahu Maria dikurung dalam penjara.
"Ini adalah perbuatan kejam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...Orang-orang seperti ini tidak seharusnya menjadi perdana menteri," tambah beliau.
Maria Chin ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 pada Jumaat lepas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment