Harga petrol RON97 meningkat sebanyak 5sen mulai tengah malam ini manakala paras runcit RON95 dan diesel kekal untuk seminggu lagi.
Menurut Kementerian Kewangan melalui harga baru itu petrol RON97 akan menjadi RM2.68 seliter berbanding RM2.63 sebelumnya.
Harga RON95 dan diesel pula masih kekal, masing-masing pada paras RM2.08 dan RM2.18 setiap satu liter.
Kata kementerian terbabit harga itu dibuat berdasarkan kepada formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang menetapkan paras jualan runcit secara mingguan.
"Berdasarkan pengiraan mengikut formula APM, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh 13 April sehingga 19 April sepatutnya ialah masing-masing RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter.
"Namun, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh di atas dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat," kata kenyataan tersebut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment