Write For Us

RON97 naik 5sen, RON95 dan diesel kekal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Harga jualan runcit petrol RON97 bagi minggu ini naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.38 seliter kepada RM2.43 seliter.
Sementara harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga minggu lalu, masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.
Harga terbaru itu akan mula berkuatkuasa bermula tengah malam ini.
Kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini juga memaklumkan bahawa had pengekalan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 telah dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter.
Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2019.
"Pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM (Mekanisme Harga Automatik), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 2 Mac 2019 sehingga 8 Mac 2019 sepatutnya adalah sebanyak RM2.13 seliter dan RM2.38 seliter masing-masing.
"Namun begitu, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter," kata kenyataan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment