NGO yang menyertai misi flotilla ke Myanmar merayu supaya pihak kerajaan negara berkenaan membenarkan mereka menghantar bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya.
Menurut Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Azeez Rahim, misi bantuan kemanusiaan yang disertai pelbagai NGO tempatan dan antarabangsa itu sepatutnya berlepas pada 10 Januari.
Bagaimanapun katanya, pihaknya terpaksa menangguhkan misi tersebut dan berlepas pada 31 Januari berikutan masih tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan Myanmar untuk berlabuh di perairan mereka.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Selain Kelab Putera 1Malaysia, antara NGO lain yang turut serta ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Selain itu, anggota parlimen Baling itu berkata, sekiranya rombongan itu tidak dapat memasuki Myanmar, pihaknya akan membawa sumbangan bantuan kemanusiaan tersebut kepada masyarakat Rohingya yang berada di Bangladesh.
Misi Flotilla berkenaan bertujuan membawa makanan, ubat-ubatan, khemah, peralatan dan pakaian untuk mangsa Rohingya yang kini menjadi pelarian.
Misi tersebut membabitkan penyertaan lebih 200 orang yang terdiri daripada pelbagai pihak termasuk pasukan perubatan.
Flotilla ini akan membawa kira-kira 2,000 tan bantuan yang akan diserahkan kepada pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang akan membantu mengedarkannya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment