Kementerian Pengangkutan tidak akan campur tangan isu pemulangan lebihan komisen kepada pemandu e-hailing Grab memandangkan syarikat berkenaan telah berjanji untuk memulangkan komisen itu kepada para pemandu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata isu pemulangan komisen itu melibatkan pengurusan syarikat dan para pemandu dan ia mungkin mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.
"Saya rasa semalam Grab sudah buat kenyataan (mengenai pemulangan komisen) kadang-kadang pengurusan itu antara syarikat dengan pemandu, takkan kementerian boleh interfere sampai tahap itu… kita tidak mengawal syarikat orang lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Keselamatan Jalan Raya Digi di Subang hari ini.
Beliau mengulas desakan Persatuan Pemandu E-Hailing Malaysia (MeHDA) semalam agar kerajaan campur tangan berikutan kegagalan Grab membayar lebihan komisen itu kepada pemandunya pada 5 Ogos lepas.
Loke kemudian menasihati persatuan agar memahami tugas kerajaan hanya sebagai pengawal selia dan hanya boleh bertindak sekiranya syarikat berkenaan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
"Jadi persatuan-persatuan ini kena faham kita adalah pengawal selia jadi kita buat peraturan kalau mereka tak patuh kita boleh ambil tindakan.
"Sekarang Grab dah patuh, lain cerita kalau mereka tidak patuh… mungkin pembayaran ambil masa sedikit itu antara syarikat dan pemandu mereka, itu bukan tugas kita," kata Loke. - Bernama

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment