Write For Us

Pemandu teksi, e-hailing enggan daftar SPS boleh kenakan kompaun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Kula Segaran berkata mulai Februari 2019 skim itu telah diperluas kepada pemandu teksi, perkhidmatan e-hailing dan pemandu bas termasuk bas sekolah, bas kilang serta bas persiaran.
Pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing yang didapati gagal dan enggan mendaftar dengan Perkeso boleh dikenakan kompaun.
"Perkeso beri masa sehingga hujung Jun, jika pemandu e-hailing dan teksi gagal mendaftar kami keluarkan kompaun, tapi bukan untuk menyusahkan tapi melihat kepada (kepentingan) kebajikan mereka.
"Kompaun antara RM500 dan RM4,000 bergantung kepada kesalahan dan jangka masa ia dilakukan," katanya.
Katanya setakat ini hanya 14,500 pemandu teksi dan pekhidmatan e-hailing di seluruh negara sudah berdaftar dengan Perkeso.
Sebelum ini, pemandu penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi diwajibkan mendaftar serta membuat caruman di SPS mulai November 2018.
Sumber : Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment