Write For Us

MoU tak rugikan PH, kita masih boleh kritik kerajaan - Tony

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
53 Views
Published
Memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani Pakatan Harapan dan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tidak bermakna PH kini tidak lagi memainkan peranan sebagai pembangkang, kata ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Kata Tony kepada KiniTV, PH juga tidak akan rugi apa-apa jika kerajaan gagal melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan, sebaliknya ia akan memberi kesan terhadap kredibiliti Ismail memandangkan terdapat garis masa yang ditetapkan untuk setiap perlaksanaan pembaharuan tersebut.

Tambah Tony, jika kesemua pembaharuan tersebut berjaya dilaksanakan oleh kerajaan, ia akan membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia, pembangkang dan juga demokrasi negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment