Write For Us

MP BN bahas rungutan 'tak dapat BR1M sebab ada SSM'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Kerajaan diminta menilai semula syarat-syarat kelayakan untuk mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) susulan rungutan pemohon-pemohon yang ditolak atas alasan seseorang itu ada menjalankan perniagaan dengan syarikat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Ada di kalangan ahli Parlimen Barisan Nasional menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung pelaksanaan syarat tersebut.
Perkata tersebut dibahaskan Ahli Parlimen BN-Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad di Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan yang kini tular di laman sosial kononnya pemohon yang berdaftar dengan SSM tidak layak mendapat bantuan itu.
Semua individu bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 dan isi rumah dengan pendapatan RM4,000 ke bawah layak mendapat BR1M tahun ini.
"Sesiapa yang mendaftar BR1M, tak kira ada SMM ke tiada SSM, sepatutnya dapat bantuan ini kalau pendapatan di bawah RM4,000.
"Saya beri jaminan bahawa isi rumah yang berpendapatan bawah RM4,000 dan individu bujang yang bergaji RM2,000 ke bawah akan dapat BR1M... kalau siapa tak dapat, saya nak tahu," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Johari berkata kebanyakan permohonan yang ditolak adalah disebabkan kegagalan pemohon menyertakan salinan slip bayaran gaji atau penyata bank kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurutnya beliau telah memaklumkan kepada pihak LHDN supaya tidak menyukarkan urusan permohonan bantuan itu.
LHDN turut mengedar risalah kepada pemohon supaya menyertakan bersama slip bayaran gaji, penyata bank atau salinan buku akaun simpanan ketika membuat permohonan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment