Write For Us

MP BN 'menganjing' kereta terbang, menteri ajak ke pejabat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, hari ini cuba menjelaskan sokongan kerajaan untuk teknologi tinggi termasuk "kereta terbang" tetapi dilihat tidak berjaya apabila dilihat disindir anggota Parlimen pembangkang.
Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) sebagai contoh pada mulanya bertanya dengan serisu namun akhirnya bertanya sama ada adakah kementerian pembangunan usahawan mahu bekerjasama dengan kementerian industri utama untuk menggunakan buluh membuat ekzos.
Menteri Industri Utama Teresa Kok sebelum ini menggalakkan untuk menanam buluh bagi menggantikan kelapa sawit.
Sementara itu Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula mempersoalkan kenapa kerajaan memfokuskan kereta terbang sedangkan tidak memberi perhatian pelaburan dari Jack Ma yang sekaligus membuatkan usahawan muda terbiar.
Menjawab soalan itu, Redzuan menegaskan pihaknya tidak menidakkan usaha-usaha untuk meningkatkan usahawan lain dan dasar keusahawan negara sendiri menurutnya memfokuskan untuk golongan b40.
Beliau juga menempelak mereka supaya tidak memperlekehkan idea dan usaha anak muda Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment