Write For Us

MP DAP cadang usul tergempar terhadap Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Seorang ahli Parlimen DAP mencadangkan usul tergempar terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas tindakannya mendedahkan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggap menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi.
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata data-data peribadi warganegara Malaysia tidak sepatutnya dipersendakan atau dizahirkan kepada umum.
Malah, tindakan tersebut amat tidak beretika dan tidak wajar dilakukan oleh seorang menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
- Zahid: Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty
Semalam, Ahmad Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.
Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment