Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai monopoli dengan apa yang bakal ditakrifkan sebagai berita palsu di bawah undang-undang baru yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan.
Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mengulas kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari semalam bahawa segala maklumat berkaitan dengan 1MDB yang tidak disahkan oleh pihak berkuasa Malaysia akan dianggap sebagai berita palsu.
Sim berkata terdapat senarai panjang laporan media asing yang mengaitkan urusan 1MDB dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Kalau berita dari luar negara ini yang mempunyai kredibiliti yang panjang, tetapi kerajaan kata ini semua fake news.
“Jadi adakah kerajaan mempunyai monopoli terhadap berita palsu? Kerajaan akan tentukan ini berita palsu, (sedangkan) ini adalah berita sebenarnya,” kata Sim yang menyoal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said semasa ucapan penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Azalina, menteri pertama yang membuat penggulungan, sebelum ini berkata, bahawa draf rang undang-undang anti-palsu berita palsu itu diluluskan oleh jemaah menteri, semalam.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment