Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli mengakui terkejut apabila isu melibatkan pempengaruh mendakwa kemenangannya dibatalkan semasa Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) dibawa dalam Dewan Rakyat.
Menurut Adam, ini kerana isu tersebut bukan berkepentingan awam ketika ini dan hal berkenaan juga telah dikendalikan oleh pihaknya.
Tegas Adam, sekretariat APBN menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sudah tampil memberikan penjelasan berhubung penularan isu tersebut iaitu APBN sebulat suara memutuskan tiada pemenang bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Ikon Belia Influencer (Media Sosial) dan Ikon Belia Sanjungan Budi.
Adam menjawab soalan dari Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin.
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=1nDumlNTDNE

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment