Mungkin akan ada perkembangan baru berhubung isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional seawal Isnin depan.
Ia ekoran pertemuan yang dirancang diadakan di antara Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim.
Kedua-dua pihak mengesahkan pertemuan tersebut akan dijalankan pada 12 Nov ini.
Maszlee yang dipetik Sinar Online memberitahu Kementerian Pendidikan mengamalkan dasar terbuka untuk memberi ruang kepada pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian bagi semua isu demi negara.
Pada 6 Nov lalu Adam Adli dipetik sebagai berkata kerajaan wajar mengkaji semula ketetapan untuk membuat pemotongan berjadual antara dua hingga 15 peratus bagi peminjam PTPTN yang bergaji lebih RM1,000 sebulan.
Adam Adli yang aktif memperjuangkan isu-isu siswa sejak bertahun-tahun lalu juga mempersoalkan kesediaan PTPTN menerika bayaran balik pinjaman sebanyak RM20 sebulan melalui kaedah yang diumumkan kerajaan itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment