Write For Us

Muhyiddin beri bayangan bertanding DUN Gambir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membayangkan kemungkinan beliau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Gambir pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu turut mengesahkan akan juga bertanding bagi kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan dengan lebih lanjut sama ada akan mempertahankan kerusi parlimen Pagoh atau bertanding bagi kerusi Parlimen lain.
Pada PRU13, DUN Gambir dimenangi oleh Datuk M. Asojan dari Barisan Nasional dengan majoriti 310 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Dr. Mahfodz Mohamed (Pas) dan dua calon Bebas - Mohd Zan Abu dan Yunus Mustakim
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment