Write For Us

PAS beri bayangan k’jaan negeri Perak boleh bertukar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
PAS memberi bayangan bahawa kerajaan negeri Perak yang ditadbir Pakatan Harapan hari ini boleh bertukar tangan sekiranya parti itu menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan Barisan Nasional.
Portal Utusan Malaysia memetik Ketua Pemuda PAS Perak, Akmal Kamarudin sebagai berkata gabungan Umno dan PAS memiliki 30 kerusi DUN berbanding dengan PH yang mempunyai 29 kerusi.
Pada pilihan raya ke-14 lalu, Umno memenangi 27 kerusi manakala PAS pula mempunyai tiga kerusi.
Pada 12 Mei tahun lalu, bekas exco kerajaan negeri Perak yang juga Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharuddin dan Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi mengesahkan mereka menyokong Ahmad Faizal Azumu, sebagai menteri besar Perak.
Mengulas perkembangan itu, Akmal berkata, sekiranya dua Adun Umno tidak keluar parti sudah pasti kerajaan negeri sudah ditadbir oleh gabungan tersebut.
Kerajaan Negeri Perak hari ini ditadbir oleh PH yang mempunyai sebanyak 29 kerusi. Daripada jumlah itu, Amanah mempunyai 6 kerusi, Bersatu (1kerusi), PKR (4kerusi) dan DAP (18kerusi).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment