Write For Us

Muhyiddin kesal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melahirkan rasa dukacita ekoran krisis FGV yang berlarutan kerana ia akan memberi kesan buruk kepada peserta dan peneroka Felda.
Sehubungan itu, beliau turut mempertikaikan kebijaksaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menangani krisis tersebut dengan masih mengekalkan Tan Sri Isa Samad.
"Ini krisis kepimpinan yang menunjukkan bahawa ada benda yang tak kena.
"(Isa Samad) patut dah lama (letak jawatan). Selepas perdana menteri, dia orang yang bertanggungjawab cetuskan krisis besar.
"Malangnya perdana menteri tak ketepikan Isa tetapi tetap letak Isa dalam FGV. Sebab itu masalah berterusan. Kenapa tak ambil orang lain yang berpengalaman?
"Saya persoalan kebijaksanaan perdana menteri kerana masalah di Felda ini berulang," katanya lagi.
Selasa lalu, Isa mengarahkan agar empat pegawai kanan FGV termasuk Datuk Zakaria Arshad bercuti.
Ia bagi memberi laluan kepada audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment