Write For Us

Muhyiddin tahu bila masa sesuai untuk berundur - Peja

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Timbalan presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu menjelaskan tidak pernah terlintas di fikiran pemimpin atasan parti itu untuk meminta presiden mereka, Muhyiddin Yassin mengundurkan diri.

Malah kata Ahmad Faizal kepada Malaysiakini, mereka menganggap tiada galang ganti buat sosok seperti Muhyiddin.

Ketika ini, jelas Ahmad Faizal, Bersatu masih memerlukan kepemimpinan Muhyiddin sama ada untuk parti itu ataupun PN sebagai sebuah gabungan pembangkang utama.

Bekas Menteri Besar Perak itu berkata demikian selepas diminta mengulas pandangan Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri undang-undang agar dua pemimpin utama PN iaitu Muhyiddin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengundurkan diri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment