Write For Us

Muhyiddin tegaskan calon PM HARAPAN mesti diumum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Harapan tidak ada pilihan dan mesti menamakan calon perdana menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata rakyat mahu tahu siapa yang akan mengetuai kerajaan sekiranya gabungan itu berkuasa kelak.
Memetik satu wawancara dengan portal berita The Malaysian Insight menjelang perhimpunan agung pertama parti itu esok, Muhyiddin berkata Tiada pelan B yang ada hanyalah pelan A satu saja iaitu mesti umum (calon perdana menteri) dan mesti diumumkan sebelum pilihan raya.
Muhyiddin juga berkata gabungan pembangkang itu sudah berjanji kepada rakyat mahu membentuk sebuah kerajaan yang lebih baik berbanding BN.
Media sebelum ini melaporkan HARAPAN mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara, manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya ketika pemukiman gabungan itu di Putrajaya awal bulan ini.
PKR kemudian berkata parti itu belum membuat keputusan muktamad berhubung soal itu.
Bagaimanapun semalam Malaysiakini melaporkan PKR secara prinsip bersetuju dengan cadangan agar Mahathir dipilih sebagai perdana menteri dan Wan Azizah sebagai timbalan perdana menteri sementara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment