Write For Us

Semangat mesti kental lawan sakit - Muhyiddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Ada nampak perubahan ketara pada bekas timbalan perdana menteri itu ketika beliau muncul untuk sesi temu bual hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil dengan pakaian baju Melayu serba merah. Dapat difahami mengapa beliau begitu. Anggota parlimen Pagoh itu ialah presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - sebuah parti yang ditubuhkan oleh bekas orang kuat Umno.
Merah ialah warna rasmi parti BERSATU.
Muhyiddin kelihatan masih agak lemah. Pembedahan dan rawatan yang dilaluinya sebelum ini nampak memberi kesan pada tubuh beliau.
Ditanya mengenai keadaan kesihatannya, Muhyiddin tidak teragak-agak bercerita.
"Ini satu cabaran yang kita kena hadapi. Kita kena kuatkan diri," katanya dengan suara sesekali terganggu oleh batuk.
Untuk melawan kesan daripada rawatan dilaluinya, Muhyiddin berkata, beliau perlu bersemangat untuk pulih kembali, selain berazam untuk bekerja semula selepas terpaksa berehat agak lama.
"Ini cabaran yang kita kena hadapi... kena kuatkan diri.
"Cubalah makan lebih sikit (walaupun) selera tak ada (sebab) apabila masuk ubat tu semua, selera bertukar. Rasa pahit saja... minum air pahit, makan pahit, selera tak ada... jadi susut badan, tapi semangat kena kuatlah," katanya ketika diwawancara Malaysiakini dan Sinar Harian di rumah beliau di Bukit Damansara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment