Write For Us

Muhyiddin: Tugas berat menanti Dr M di Putrajaya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan cabaran getir untuk memulihkan ekonomi serta institusi kerajaan selepas Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbbiran negara, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Justeru kata bekas timbalan perdana menteri itu beliau tidak berasa iri hati dengan pemilihan Dr Mahathir sebeagai calon perdana menteri HARAPAN.
Kata Muhyiddin, dengan "segala kerosakan" yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, tugas memulihkan keadaan adalah berat dan terletak pada Dr Mahathir.
Untuk rekod Najib dikaitkan dengan skandal 1MDB sejak Muhyiddin dan Dr Mahathir belum menubuhkan BERSATU.
Bagaimanapun Najib secara konsisten menafikan beliau terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan dalam syarikat pelaburan milik penuh kerajaan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment