Write For Us

Mukhriz: Kerajaan harus tegas terhadap Korea Utara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menggesa kerajaan Malaysia bertindak tegas terhadap Korea Utara yang dilihat mencampuri urusan diplomatik dan kedaulatan negara Malaysia.
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara menjadi semakin tegang sejak kebelakangan ini berikutan pertikaman lidah berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara Kim Jong-un.
Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol menuduh kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu mengenai pembunuhan itu.
Wisma Putra, bagaimanapun, menolak dakwaan itu sebagai 'tidak berasas'.
Selepas dipanggil menghadap oleh Wisma Putra berhubung kenyataannya itu, Kang mendakwa, Pyongyang mempunyai keraguan terhadap siasatan Malaysia berhubung pembunuhan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment