Write For Us

Mukhriz pernah dapat RM350 di bank Jepun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengaku sengaja membuat permohonan pekerjaan sebagai pelayan kafe untuk menarik minat belia terhadap bidang kerja separuh masa, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam negara ini.
Sinar Online melaporkan Mukhriz berkata, belia di negara ini tidak harus menghabiskan masa di rumah setelah memperoleh ijazah, sebaliknya mereka perlu keluar mencari pekerjaan tanpa mengira bayaran gaji.
Kata Mukhriz lagi, beliau juga seperti anak muda lain, pernah bekerja separuh masa untuk mengisi masa terluang semasa menyambung pengajian suatu ketika dahulu.
Selepas tamatkan pengajian di maktab, Mukhriz telah dihantar menyambung pengajian ke Jepun, di mana beliau bekerja separuh masa di sebuah bank dengan gaji yang diberikan hanya RM350 sebulan.
Mukhriz sebelum ini pernah mencuri perhatian netizen apabila membalas komen mencuit hati di laman sosial Instagram milik sebuah kafe di Kedah.
Difahamkan, akaun Instagram berkenaan pada mulanya memuat naik gambar bagi mengiklankan jawatan kosong sebagai pelayan di kafe berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment