Write For Us

Mursyidul Am PAS bakal 'berentap' dengan Shahidan Kassim?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Arau.
Ini sekali gus bakal menyaksikan pertembungan dengan Datuk Seri Shahidan Kassim sekiranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya nanti.
Memetik laporan Utusan Online ia disahkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli
Dengan penyertaan PAS itu, sejarah baru juga bakal tercipta di kawasan Parlimen Arau apabila calon BERSATU turut akan bertanding bagi mewakili Pakatan Harapan.
Kali terakhir Hashim bertanding adalah pada 2008 iaitu di kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang.
Beliau berjaya menewaskan calon BN, Abdullah Hassan dengan majoriti 149 undi.
Sebagai rekod, Hashim juga pernah memenangi kerusi Parlimen Arau pada pilihan raya kecil 1998 selepas menewaskan calon BN, Datuk Ismail Kassim dengan majoriti sebanyak 1,323.
Parlimen Arau adalah kawasan tradisi di Perlis yang sentiasa menjadi tumpuan khususnya ketika bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Haron Din bertanding di kerusi tersebut pada 2004, 2008 dan pilihan raya umum lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment