Write For Us

My100, My50 dilancar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 45 peratus pengguna perkhidmatan Rapid Rail dan hampir 100 peratus pengguna Rapid Bus di Lembah Klang.
Menurutnya, ia mampu menawarkan penjimatan kos perjalanan yang begitu ketara kepada pengguna.
Langganan boleh dibuat menggunakan MyKad, MyKid dan MyTentera di kiosk dan fungsi Touch and Go bagi memastikan perkhidmatan itu hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.
Menerusi pas My100, pelanggan boleh menikmati semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL termasuk Transit Aliran Massa ( MRT), LRT, Monorel, transit aliran bas BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had dalam tempoh 30 hari dengan hanya RM100.
Bagi pas My50 pula, penumpang boleh menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT (tidak termasuk BRT) tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment