Write For Us

Myvi 2018 dilancar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
247 Views
Published
Perodua hari ini melancarkan Myvi generasi baharu yang menampilkan pelbagai ciri terkini mengikut citarasa rakyat Malaysia.
Myvi 2018 dilancar oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Perodua Myvi generasi ketiga ini hadir dengan pilihan enjin 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVTi, lampu hadapan LED, dan pada model-model spesifikasi tinggi ia turut bakal tampil dengan enam-beg udara.
Hatchback ikonik ini menawarkan harga yang begitu kompetitif iaitu bermula dari RM44,300 untuk 1.3 Standard G manual dan RM46,300 untuk automatik, RM48,300 untuk 1.3 Premium X dan RM51,800 untuk 1.5 High.
Model tertinggi 1.5 Advance pula dijual pada harga RM55,300.
Kesemua harga yang dinyatakan adala harga atas jalan tanpa insuran, dan kesemua model hadir dengan pelindungan waranti lima tahun/150,000km.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment