Write For Us

Nafi protes hambar, menang sokongan media sosial

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan protes Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung kenaikan harga minyak di luar bangunan parlimen sejak Selasa lalu sebagai gagal.
Sebaliknya, Mujahid berkata, protes tersebut mendapat sambutan menggalakkan di media sosial.
“Walaupuan mereka kata tidak dapat sambutan, hanya beberapa kerat sahaja, tuan-tuan jangan lupa setiap kali kita buat siaran langsung (live FB) berpuluh ribu yang menonton.
“Kita dapat sokongan setiap kereta yang lalu mereka memberi horn termasuk anggota parlimen dari BN,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parti Buntar ketika ditemui di luar parlimen.
Terdahulu Pemuda HARAPAN mengadakan sidang media di luar parlimen bagi melancarkan Kempen “Turun Harga Minyak, Turun Najib” atau “Turun Turun” pada 31 Disember ini.
Kempen itu bagi mendesak kerajaan segera mengembalikan subsidi bahan api sebanyak RM1 bilion yang mampu mengurangkan harga sebanyak 20 sen untuk setiap liter minyak.
Bagaimanapun lokasi kempen tersebut belum ditentukan tetapi ia akan diadakan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment