Write For Us

Naib Presiden PAS: Tun M tak layak cakap soal Islam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah orang yang layak untuk bercakap tentang Islam.
Memetik laporan Malaysiakini, beliau mendakwa bekas perdana menteri itu sejak dahulu lagi "begitu alergik dengan agama".
Tambah Mohd Amar lagi, lebih baik Mahathir diam sahaja dari bercakap berkaitan isu agama kerana ia menampakkan kejahilannya.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir Sabtu lalu yang menyifatkan mufti turut bertanggungjawab terhadap tragedi Memali 1985, kerana pada ketika itu tidak bersuara membantah "Amanat Haji Hadi" yang menurutnya punca berlakunya peristiwa hitam itu.
Mahathir dilaporkan berkata antaranya para mufti patut bercakap menentang ucapan Hadi yang terkenal dengan nama Amanat Haji Hadi yang didakwa ramai pihak sebagai bertanggungjawab menyebabkan peristiwa Memali pada tahun 1985 yang mengorbankan 18 nyawa.
'Amanat Haji Hadi' merujuk ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di kalangan anggota PAS pada 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment