Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan kononnya puluhan pertuduhan jenayah yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib Razak adalah sebahagian daripada plot untuk membalas dendam.
"Sudah tentu, dia (Najib) akan kata demikian, apa lagi dia boleh kata?" soal Mahathir semasa sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pencegahan Rasuah 2018 di Kuala Lumpur.
"[...] Sekarang dia dituduh berdasarkan laporan, bukan hanya oleh media asing tetapi juga oleh agensi (penguatkuasa) di sini yang berjaya mengesan jejak wang dan laluannya.
"Apabila kamu memindahkan begitu banyak wang, mesti ada rekod ada jejaknya," katanya.
Mengenai pembelaan Najib berulang-kali bahawa wang RM2.6 bilion itu adalah sumbangan daripada keluarga dan kerabat Arab Saudi, dan ini akan dibuktikan di mahkamah, Mahathir berkata, kenyataan baru-baru ini dari menteri luar Arab Saudi adalah sebaliknya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment