Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar untuk memakmurkan negara sehingga dapat berada di kedudukan 20 negara termaju di dunia.
Najib berkata, beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi serta barisan jemaah menteri akan bersama-sama memajukan negara.
"Saya bersama-sama Datuk Seri Zahid Hamidi beserta barisan jemaah menteri, demi Melayu, demi Bumiputera, demi rakyat Malaysia seluruhnya, kita akan bersatu hati, seiya dan sekata untuk terus berjuang memakmurkan negara sehingga terjulang berada pada kedudukan 20 negara termaju di dunia. Insha Allah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku Halatuju Ekonomi Bumiputera 2.0 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Zahid serta barisan menteri-menteri kabinet.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment