Write For Us

Najib luah rasa hati pada rakyat Pekan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, buat pertama kali 'meluahkan rasa hati' di khalayak ramai berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya.
Najib mengakui terkilan, ralat dan terasa hati apabila kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas bukan disebabkan pihak lawan mempunyai agenda atau dasar lebih baik, sebaliknya mendakwa ia disebabkan kempen memburukkan beliau atas kapasitinya sebagai pemimpin.
Beliau mendakwa penyelewengan fakta seperti dakwaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan teruk dan negara hampir bankrap ditambah dengan pelbagai janji manis pihak lawan juga antara penyebab kekalahan BN.
Najib yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan serentak Umno cawangan-cawangan dan mesyuarat pergerakan sayap-sayap UMNO Bahagian Pekan di Bangunan Umno Pekan hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment