Write For Us

Tun M luah rasa kecewa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedikit kecewa dengan golongan muda yang hanya memberi tumpuan kepada salahlaku kerajaan BN yang lalu semasa sesi dialog bersama anak muda yang dihadiri olehnya dan Penasihat DAP Lim Kit Siang pada Selasa lepas.
Walaupun menggambarkan perjumpaan itu adalah sesi yang menarik bersama 200 pemuda Malaysia, namun beliau kecewa kerana tidak terdapat perbincangan mengenai masa sekarang dan masa depan tetapi hanya menfokuskan Ops Lalang.
Menerusi catatan terbarunya dalam blog Chedet beliau berkata Mengenai bahawa isu kecenderungan adalah untuk menyamakan kerajaan sekarang dengan pembangkang.
Namun, beliau berkata generasi lebih tua dapat melihat perbezaan antara yang lama dan yang baru kerana mereka menyedari Malaysia dicatatkan sebagai antara sepuluh negara paling korup di dunia dan dipanggil kleptokrasi.
Mereka juga melihat kegemilangan masa lalu di mana Malaysia adalah antara harimau Asia dan yang paling maju di negara-negara membangun.
Menurut Mahathir, golongan muda berfikir bahawa rasuah, penahanan tanpa perbicaraan, penapisan dan sekatan terhadap kebebasan akhbar akan tetap berlaku meskipun di sebalik kerajaan baru.
Dan mereka berfikir tidak ada jaminan seorang perdana menteri baru dengan kerajaan baru tidak akan mencuri wang, dan menyalahgunakan kekuasaannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment