Write For Us

Najib: Malaysia buat AS 'celik' untuk bantu Rohingya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mendakwa bahawa Malaysia mempunyai pengaruh ke atas AS dan kuasa dunia lain.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat memetik bagaimana beliau mampu meyakinkan Presiden AS Donald Trump untuk memasukkan penindasan dan pembersihan etnik Rohingya ke dalam perbincangan mereka walaupun tidak berada dalam agenda awal mereka.
Najib menjawab soalan lisan yang dikemukan oleh ahli parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing semasa sesi soal jawab Parlimen pagi ini.
"Sejak isu (Rohingya) dijelaskan dalam pertemuan tersebut (Trump), AS telah mengumumkan bantuan kemanusian sebanyak AS$32juta dan memutuskan bantuan ketenteraan di Myanmar.
"Ini adalah usaha dari malaysia dan pihak-pihak yang lain.
"Ini adalah antara kejayaan Malaysia di mana negara mempunyai pengaruh di platform antarabangsa dan kuasa dunia," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment