Write For Us

Najib buat pantun untuk Pak Lah, tetap sindir Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak mengucapkan serangkap “pantun” khas buat Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan penutup majlis di Institut Kanser Negara di Putrajaya hari ini.
"Sungguhpun di negeri Selangor terjumpa baldi,
kes denggi tertinggi di Darul Ehsan tetap kita perangi;
Biarla pemimpin itu bawa hati ke Pulau Langkawi,
Namun yang paling penting Pak Lah tetap setia kekal di sisi."
Najib dilihat memuji kesetiaan Abdullah tetapi turut menyindir calon perdana menteri pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tidak terlepas, kerajaan Selangor pimpinan PKR juga menjadi mangsa kritikan Najib dalam karya itu dalam isu bekalan air negeri dan masalah denggi.
Karya itu dibacakan di akhir ucapan perasmian instititut itu yang telah mula beroperasi sejak Ogos 2013.
Abdullah tidak hadir hari ini. Institut itu bagaimanapun mula dibina ketika pentadbirannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment