Write For Us

Giliran Tun M sindir Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) hanyalah untuk mengambil gambar dengan Donald Trump sahaja dan bukannya ingin memperjuangkan etnik Rohingya.
Malah bekas perdana menteri itu turut mendakwa Najib membayar sebanyak USD20 bilion untuk mengambil gambar tersebut.
“Dia bukan peduli pasal itu (Rohingya). Dia (Najib) cuma nak ambil gambar sahaja dan untuk itu sahaja dia bayar usd20 bilion untuk peluang bergambar sahaja.
“Media tahu lah, peluang untuk bergambar itu lebih penting, kan,” katanya dalam sidang media di Bilik Pembangkang di Parlimen hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan Najib berjaya membawa isu Rohingya kepada Trump.
Semalam Najib ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata negara mempunyai pengaruh terhadap Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain.
Katanya, perkara itu terbukti apabila beliau berjaya memasukkan isu Rohingya dalam agenda perbincangan dengan Trump, walaupun isu itu tidak termasuk dalam topik perbincangan.
Najib menafikan kritikan yang beliau tidak mendapat layanan yang selayaknya ketika lawatan ke Amerika Syarikat pada September lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment