Write For Us

Mungkin roti tak sedap, Najib sindir Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan berjaya mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga membolehkan banyak perniagaan termasuk penjualan roti dan mi sekalipun semakin maju.
Berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, beliau terus membidas Tun Dr Mahathir Mohamad, tanpa menamakan pengerusi Pakatan Harapan itu.
Najib dalam ucapannya berkata, beliau percaya kerana ekonomi negara yang baik dan memberi contoh bagaimana perniagaan mi rebus terkenal di bandar Teluk Intan, Mi Mastan Ghani juga semakin maju.
- 'The Loaf tak akan tutup jika ekonomi baik bawah Najib'
Mahathir, semalam berkata kedainya tidak akan ditutup jika ekonomi negara baik dan tidak ditadbir Najib.
Menurutnya, di bawah pentadbiran BN dan Najib, bukan sahaja kedai roti miliknya sahaja tutup malah banyak lagi perniagaan besar lain mengalami nasib sama.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment