Penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Stesen KL Sentral-Tanjung Malim amat bertuah dan kelihatan teruja pagi ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menyertai mereka menggunakan perkhidmatan berkenaan untuk ke lokasi turun padangnya hari ini.
Memulakan perjalanan pada 8 pagi menuju ke Stesen Tanjung Malim, Perak untuk bersarapan bersama rakyat setempat di Medan Selera Tanjung Malim, Najib yang diiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai juga beramah mesra dengan pemandu ETS yang bertugas mengendalikan tren tersebut.
Beliau juga kelihatan gembira kerana berkesempatan meninjau dan mencuba sendiri kelancaran perkhidmatan ETS yang menjadi nadi pengangkutan awam pilihan rakyat di negara ini.
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam tiga puluh minit itu melalui tiga stesen iaitu Kuala Lumpur, Kepong Sentral dan Rawang sebelum tiba di Stesen Tanjung Malim kira-kira 9.30 pagi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment