Write For Us

Najib, Rosmah tiba di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Sekumpulan penyokong melaungkan 'Hidup Najib' dan 'Bebas Najib' ketika bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba bagi menandatangani dokumen proses ikat jamin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Nooryana Najwa dan Noorashman tiba di mahkamah kira-kira 10.04 pagi, untuk menghantar baki RM500,000 daripada ikat jamin Najib yang berjumlah RM1 juta kepada pendaftar mahkamah.
Turut hadir adalah suami Nooryana, Daniyar Kessikbayev.
Najib pada 4 Julai lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.
Najib yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapnya selepas pertama kali disebut di Mahkamah Sesyen.
Mahkamah kemudian membenarkan wang jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.
Selain itu mahkamah juga membenarkan bahawa bayaran itu dibuat secara ansuran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment