Write For Us

Najib, Rosmah tiba di Maldives

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
134 Views
Published
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba pada Selasa bagi lawatan rasmi dua hari di Maldives, diberikan sambutan negara di Dataran Jumhooree di Male pada Rabu.
Ketibaan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa menteri Kabinet dari Kurumba Maldives di Male’ Izzudheen Jetty disambut oleh Presiden Maldives Abdulla Yameen Abdul Gayoom dan Wanita Pertama Fathimath Ibrahim.
Najib disambut dengan persembahan kebudayaan tradisonal oleh pelajar sebelum menerima tabik hormat di pentas. Tujuh das tembakan hormat dilepaskan oleh Angkatan Pertahanan Negara Maldives (MNDF) dan diikuti dengan lagu kebangsaan Malaysia dan Republik Maldives dimainkan.
Perdana Menteri Malaysia kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada anggota MNDF. Selepas itu, Abdulla Yameen dan Najib memperkenalkan anggota delegasi masing-masing sebelum beredar ke Pejabat Presiden.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment