Write For Us

Najib saran anak muda lanjut pelajaran bagi tingkat pendapatan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata banyak bantuan yang telah dihulurkan oleh Kerajaan untuk membantu anak muda melanjutkan pelajaran.
Kata Najib, secara amnya, bagi institusi pendidikan tinggi, Kerajaan menanggung 90 peratus kos pendidikan dan pelajar cuma hanya perlu membayar 10 peratus sahaja.
"Untuk golongan berpendapatan rendah, Kerajaan telah menyediakan banyak pembiayaan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi seperti Bantuan Kewangan Asasi, Tabung Pinjaman Pelajaran, Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti dan Bantuan Kewangan OKU dan sebagainya.
"Di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi juga, Kerajaan menyediakan pembiayaan untuk semua golongan tidak kira tahap pendapatan seperti MyBrainSc, Sub-Kepakaran/Post-Doktoral dan banyak lagi.
"Kerana itulah, Kerajaan memberikan pelbagai bantuan kewangan untuk rakyat melanjutkan pelajaran," katanya dalam ucapan mengenai kepentingan melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi di blognya hari ini.
Menurut Najib, bagi meningkatkan pendapatan, rakyat perlu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.
Ini kerana kebanyakan mereka turut mengalami masalah sumber kewangan dan juga kurang kesedaran tentang kepentingan melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
"Memang di Malaysia rakyatnya terpelajar, namun masih ramai lagi yang tidak melanjutkan pengajian di peringkat menara gading.
"Maka, mereka inilah yang paling terdedah kepada peningkatan kos sara hidup kerana tidak mampu mendapat kerja yang berpendapatan lebih tinggi," katanya.
Najib juga menyarankan agar anak muda mendapatkan bantuan-bantuan tersebut kerana dengan meningkatkan tahap pendidikan akan dapat meningkatkan pendapatan serta taraf hidup rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment