Write For Us

Najib sekarang sudah ada tentera sendiri, kata Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai tentera sendiri susulan gesaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menggesa anggota tentera dan polis bersyukur dan setia kepada kerajaan yang diketuainya.
Beliau berkata ini adalah perkembangan yang mengecewakan memandangkan angkatan tentera dan pasukan polis sepatutnya melafazkan taat setia mereka kepada Raja-raja Melayu dan negara.
“Itu bertentangan dengan perlembagaan kita yang mana angkatan tentera mestilah setia kepada Raja dan negara. tapi sekarang kita dapati bahawa tentera kita akan setia kepada Najib dan kerajaan.
“Bermakna Najib sekarang sudah ada tentera dia sendiri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.
Dalam ucapannya pada 31 Mac lalu, Raja Mohamed Affandi berkata Najib sentiasa memberi perhatian khusus kepada pasukan keselamatan di samping menyediakan aset keselamatan terbaik.
Selain itu beliau berkata kerajaan juga telah melakukan banyak perkara untuk menjaga kebajikan anggota tentera dan keluarga mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment