Write For Us

Najib 'tembak' Maszlee

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam status terbarunya di Facebook mengahalakan krtitikan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kenyataannya tentang isu pendidikan.
Najib merujuk kenyataan Maszlee di parlimen semalam yang menyifatkan pendidikan di Malaysia "hampir percuma" dan kerajaan akan mengekalkan yuran universiti.
Jelas Najib, pendidikan rendah dan menengah yang kini percuma adalah kerana kerajaan Barisan Nasional yang memansuhkan semua bentuk bayaran dan yuran bermula tahun 2012.
Bekas Presiden Umno itu turut menempelak Pakatan Harapan apabila berjanji untuk menghapuskan PTPTN dan memberi pendidikan percuma namun kenyataan Maszlee itu membayangkan sebaliknya.
Justeru Najib turut membayangkan mereka yang sebelum ini percaya kepada janji dan hasutan yang dibuat oleh HARAPAN pastinya akan 'lencun'.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jempol dari BN, Datuk Salim Sharif berhubung janji kerajaan untuk melaksanakan pendidikan percuma, Maszlee berkata pendidikan peringkat rendah dan menengah kerajaan adalah percuma.
Untuk rekod, dalam Buku Harapan, antara janji yang dinyatakan adalah memberikan peluang pendidikan berkualiti yang percuma dan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Setakat ini, HARAPAN belum melaksanakan mana-mana janji berkenaan.
Bagaimanapun, janji untuk meringankan beban peminjam PTPTN melalui penstrukturan semula syarat pembayaran sudah dilaksanakan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment