Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Maszlee Malik berhubung kenyataan menteri pendidikan itu yang mahu mengkaji skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40.
Memetik di Facebook, kata Najib, ini kerana Malaysia sudah lama mempunyai skim yang serupa dengan pelan sarapan percuma itu bahawa Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ini sejak tahun 1979 lagi dah Kementerian Pendidikan sediakan.
KPM pada Isnin mengumumkan akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40.
Maszlee yang berada di Jepun mengiringi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara matahari terbit berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo.
Mengulas lanjut, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata mungkin Maszlee terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar hingga tidak sedar apa yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan itu.
Tambah Najib, Maszlee juga tidak perlu ke Jepun untuk menambah baik kementeriannya sebaliknya hanya perlu luangkan lebih masa memahami operasi KPM.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment