Write For Us

Najib: Tiada parti dapat majoriti mudah, Agong putuskan siapa PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tiada parti menerima kerusi yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah.
Bercakap dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur, pagi tadi, Najib berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan menerajui negara.
“BN komited dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen. (Tetapi) kerana tiada parti yang dapat simple majoriti (majoriti mudah) Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri,” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi 113 kerusi, sementara parti sekutunya, WARISAN memenangi lapan kerusi parlimen.
Berdasarkan keputusan rasmi, HARAPAN yang bertanding di bawah logo PKR memenangi 104 kerusi, manakala DAP - yang bertanding di bawah logonya sendiri di Sabah dan Sarawak - memenangi sembilan kerusi.
Ini menjadikan gabungan pembangkang itu mendapat 113 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Walau bagaimanapun, HARAPAN tidak diiktiraf sebagai gabungan rasmi kerana ia tidak didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment