Write For Us

Siapa Najib untuk bercakap bagi pihak Agong? - Aziz Bari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
158 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan orang yang tepat untuk bercakap bagi pihak Yang di-Pertuan Agong mengenai pendirian baginda pada Deklarasi Rakyat, kata pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari.
Menurut Aziz, kebanyakan negara yang mengamalkan raja berperlembagaan mempunyai saluran yang boleh bercakap bagi pihak istana, dan bukannya bercakap melalui Perdana Menteri.
 
"Apatah lagi dalam kes ini, kita bercakap mengenai kedudukan Perdana Menteri yang telah menjadi isu. Secara tidak langsung, ia adalah satu konflik kepentingan, "katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu forum di Shah Alam sebagai ahli panel semalam.
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada Rabu minggu lepas, di mana Perdana Menteri berkata, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Perdana menteri berkata, beliau dimaklumkan oleh Seri Paduka bahawa baginda mengambil maklum perkara dibangkitkan tetapi menjelaskan tidak boleh mencampuri usaha itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment