Write For Us

Najib, tolong kaji - Yusuf PPIM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
157 Views
Published
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa mengkaji semula cadangan penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) yang dilihat tidak ada keperluan selain meningkatkan lagi pembaziran sedia ada masa kini.
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi menyatakan bahawa beliau menolak cadangan yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuang sambil menyeru semua pimpinan kerajaan dan ahli politik bangun menentang hasrat itu.
Katanya, jika JITN dilaksanakan, ia memberi kesan bertindih dari segi kuasa kerja terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah sedia ada memantau dan membanteras gejala rasuah.
Beliau berkata demikian pada video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Kata Yusuf lagi, kerajaan haruslah bercadang meningkatkan lagi kebajikan penjawat awam SPRM terutamanya dari segi gaji dan didikan modal insan di samping menaiktaraf bangunan-bangunan sedia ada.
Menurut Yusuf, PPIM dan beberapa NGO lain dijangka akan menandatangani petisyen bagi mempertahankan SPRM dan membantah penubuhan JITN pada 3 Oktober ini jam 1 petang di pejabat SPRM di Putrajaya.
Sebelum ini, Low berkata penubuhan JITN tidak akan mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi siasatan SPRM termasuk Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) oleh kerana kesemuanya merupakan institusi bebas.
Cadangan itu dibidas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan berkata menteri itu perlu meminta lebih banyak peruntukan untuk SPRM, meningkatkan aset dan tenaga kerjanya serta memperbaiki kebajikan kakitangan, bukannya menubuhkan sebuah agensi baru.
Beliau menyelar Low kerana dilaporkan berkata, bahawa JITN akan memastikan bahawa SPRM menyiasat kes rasuah dan mendakwa dengan lebih berkesan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment